Madderiouser's Blog

Just another WordPress.com site

politik

ups,isu sensetif bagi pentaksub!

tapi nak wat cane kan,,,aku pun suara rakyat apa…

kalau kau tanye aku la kan..ape pandangan politik nie..

politik ialah sunnah..tuntuan agama..pendek kata wajib la!

Politik di dalam bahasa Arab dikenal dengan istilah siyasah..

“Adalah Bani Israil, mereka diurusi (siyasah) urusannya oleh para nabi (tasusuhumul anbiya). Ketika seorang nabi wafat, nabi yang lain datang  menggantinya. Tidak ada nabi setelahku, namun akan ada banyak para khalifah.”                                    (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

ops…

politik ok?politik itu satu subjek yang umum..ade macam-macam fahaman ideologi dan pemikiran di sebalik perkataan politik…demokrasi, autokrasi,anarki,sistem beraja,presiden,fahaman komunis bla bla bla….

dan bagi aku…sistem politik terbaik ialah sistem politik islam..khalifah yang dipilih oleh majlis syura

ok,politik atau pun tampuk pemerintahan ialah sistem khalifah…cume kalau nak lagi khusus..soalan khusus..

apa sebenarnya politik Nabi s.a.w?

Adakah sahabat-sahabat empat hanya memerintah negara untuk kawal hasil negara,susun ekonomi negara macam pemimpin-pemimpin dunia hari ini?

latih ketenteraan pergi traning makan tikus,kawad,lompat terbang sana sini?hihi

simple.

Nabi s.a.w memimpin bukan untuk tanah arab sahaja..bahkan bukan untuk  ada kuasa,ekonomi yang hebat,senjata canggih,,,apa lagi korang idamkan politik yang sempurna?dari sudut pemikiran korang?

Dari sudut zahir permulaan Islam..apa la ada sangat dengan sahabat-sahabat?ekonomi?ketenteraan?kemewahan?hasil bumi?

mereka takde apa-apa…perang pun minoriti dan serba kekurangan

iye…tapi..Allah bersama mereka! cukup Allah bersama mereka..

so,method politik Nabi..BAGI AKU..ialah macam mana nak bawak seluruh ummat…sehingga akhir zaman..boleh selamat dari azab Allah s.w.t..ini sistem start dari Adam a.s sehingga Muhammad s.a.w..

kurun terbaik..mereka sahabat..berperang,berjihad,berjuang..

bukan kerana kuasa,harta,pangkat dan pengaruh..

pengorbanan mereka tinggalkan keluarga kampung halaman..bukan kerana ghanimah,hamba sahaya

semata-mata untuk tinggikan kalimah Allah s.w.t…

ini menunjukkan betapa sucinya makam politik mereka..

berbanding kita,turun berarak dah nak kaitkan dengan jihad?oi..malu lah sikit…

baca sirah..lihat mereka tolak kuasa,pengaruh

Nabi s.a.w di offer harta,pangkat dan wanita…supaya?tinggalkan dakwah..menyeru manusia..

pelik dorang sekarang..seboleh-boleh nak kaitkan keinginan nafsu dengan agama…

jihad ekonomi la,jihad pelajaran la,jihad jatuhkan kerajaan zalim la..

jangan murahkan nilai jihad bang..please

psst..pernah dengar tak nabi-nabi lepas pemerintah/raja di lingkupkan Allah s.w.t…mereka amik alih tampuk kuasa atau ganti?

tak faham?macam nabi Musa a.s, Harun a.s, Ibrahim a.s lepas firaun, qarun, namrud lingkup..mereka amik alih harta,kuasa dan kekayaan mereka?dari sudut logik..baik ambil kan?mudah sikit buat dakwahkan?

cer baca sirah nabi..dari sembunyi..sehingga Islam berkembang..betapa harta,kuasa,pangkat langsung tidak penting..

politik hari ini…

‘pilihlah saya!saya lagi baik dari dia!

politik sahabat

‘saya tidak layak,awak lagi layak’

sabda Nabi :

“Wahai Rahman, jangan kamu minta jadi pemimpin/pangkat, kalau kau minta pimpinan maka kamu akan disusahkan. Tetapi apabila kamu tidak minta jadi pemimpin tapi kamu diberi tanggungjawab maka kamu akan ditolong oleh Allah.”

so bagi aku…perkataan dakwah menyeru pada manusia lebih tepat pada mereka..politik cam tak best ler..

Asbab dakwah..Allah bagi bantuan..rom dan parsi jatuh pada Islam

3/4 dunia ini tunduk kepada pemerintahan Islam

awas! mereka tak mintak…bukan itu maksud mereka..tapi hadiah dari Allah…

selepas susah payah mereka untuk agama…

berbondong-bondong orang masuk Islam

terbalik kita sekarang..kita gunakan kejayaan mereka..untuk alasan Islamik kita..

kena ada kuasa,harta,pengaruh…baru leh Islam tersebar dan amal agama…

ekonomi mahu kuat,pakai kot,seluar slack..bmw baru dorang masuk Islam

bukan nak cerita mujahadah perjuangan sahabat..susah payah mereka…

cerita kehebatan mereka..tapi tak cerita formula kejayaan mereka…budak boleh la kau ken

kalau takde semua itu baru Islam kuat,gagah disegani?

kalau tak??so takleh la nak amalkan Islam ek..?

jangan asyik nak bagi alasan logik sangat la kan…

sejak bila hidayah ni di tangan pemimpin?

Advertisements

No comments yet»

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: