Madderiouser's Blog

Just another WordPress.com site

Archive for April, 2012

romantik cinta jiwang yang shit

jiwang = perlakuan sentimental (Kamus Dewan edisi ke-4.)

romantik =  berkaitan dgn percintaan dan keindahan dsb (Kamus Pelajar edisi ke-2.)

apa maksud romantik bagi korang?

bagi hadiah rare untuk pasangan?

wish selamat malam pagi petang siang malam?

surprised sana sini?diner kat hotel cradel light!

hahaha…

oh so sweet! look..jealousenye!

conteng..kiah love ramli..forever..kat pasir..

post kat fb bagi tahu pada semua awak la paling bahagia dan romantik!

bagi diari cinta kau pada dia,berborak ayat-ayat leleh

menagis pada pasangan,buktikan cinta kononya..

romantik?ni ke maksud korang tu??

hihi..

romantik..

tak perlu di sogok dengan material..

galaxy tab,perfume,bunge ros apa bagai

tak perlu di post..tunjuk pada orang…

psst..awak bukan romantik la..dia nagis sebab dapat iphone 4s tu..

bukan sebab romantiknya awak balut,atau wanginya kad wish birthday tu..

orang muda..mereka yang belum berkahwin..

kenapa ye mak ayah,orang yang bahagia dalam bahtera perkahwinan mereka..

tak mesej macam korang? malas,malah ada yang rimas nak mesej-mesej..

dorang gaduh ke sebab tak gedik leleh macam korang?

ke dalam dunia kau je paling bahagia..

hm…

kau tipu nie…romantik kau tipu ea…

lihat romantik ayah..dia tak pandai menagis..

muke keras je..

time tengah touching baik punye cover wat muke rileks..

ayah tak menagis! air mata berharga!

perisai terbaik untuk emak..kebal wo…watak hero

romantik ayah kerja betul-betul supaya perkerjaan selesa…mak tak payah kerja,jadi suri rumah

romantik ayah emo balik keje..senyum ikhlas tengok muka mak..

romantik ayah buat serepah je keje..bila dia kemas rumah..oh so sweet!

romantik ayah baca surat khabar malas nak layan cite emak pasal jiran sebelah..

tau-tau dah terbalik jiran sebelah kena lanyak..haha

romantik ayah pergi kerja bawak bekal mak,wat keras je mak masak garam lebih..adoi

romantik ayah belajar agama ajar pada keluarga..malam-malam semua duduk mengaji k?

sembahyang..yang laki jangan sembahyang fardhu kat rumah…pastikan yang perempuan sembahyang awal waktu…

romantik ayah..serba salah makan sedap-sedap kat office teringat mak makan ape lah tu….

tiada istilah simpnan sendiri..apa yang ada..di kongsi…tiada berahsia..

apa yang ada..guna la semampu mungkin untuk keluarga..

emak?

ayah balik kerja semua dah tersedia…

just ayah kene buka baju kotor pergi masuk kat mesin…

ayah rileks je..semua mak buat..

kat rumah mak heroin..habis menjerit-jerit hero kalau kene urut dengan heroin

ape yang dia tak buat untuk ayah?

kat kedai makan pun mak layan macam kat rumah..pilih makan,amik order..bayar..

stesen minyak mak berebut dengan ayah nak tolong bayarkan dan pump kan..

tak nak ayah susah-susah keluar kereta katanya…

romantik mak belum kahwin tak pandai masak..belajar betul-betul supaya ayah tak payah makan kedai..

romantik mak..semua duit gaji ayah di gunakan sebaik-baik..

romantik mak..nama,maruah keluarga dijaga..bukan dijaja..

romantik mak..ayah kata jangan! 3x laju je menganguk,,,taat

romantik mak..kena tackle ayah sampai ayah kantoi sebut ‘i love u’ depan anak-anak

haha…

so apa beza cinta mereka?

tak perlu nak nyanyi sampai menagis..bukti cinta konon..

pengorbanan bukan maksud kau pergi ponteng kerja sebab nak wish birthday..

sweet mereka..bila suami terkial-kial nak gosok baju

pengorbanan mereka bila ibu tekan perasaan tengok kengkawan tayang rantai emas

sekiranya romantik korang sampai nak kena wat macam-macam ala hollywood bollywood

romantik mereka..cukup la dengan perkataan

‘awak saya sayang awak demi Allah’

Advertisements

politik

ups,isu sensetif bagi pentaksub!

tapi nak wat cane kan,,,aku pun suara rakyat apa…

kalau kau tanye aku la kan..ape pandangan politik nie..

politik ialah sunnah..tuntuan agama..pendek kata wajib la!

Politik di dalam bahasa Arab dikenal dengan istilah siyasah..

“Adalah Bani Israil, mereka diurusi (siyasah) urusannya oleh para nabi (tasusuhumul anbiya). Ketika seorang nabi wafat, nabi yang lain datang  menggantinya. Tidak ada nabi setelahku, namun akan ada banyak para khalifah.”                                    (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

ops…

politik ok?politik itu satu subjek yang umum..ade macam-macam fahaman ideologi dan pemikiran di sebalik perkataan politik…demokrasi, autokrasi,anarki,sistem beraja,presiden,fahaman komunis bla bla bla….

dan bagi aku…sistem politik terbaik ialah sistem politik islam..khalifah yang dipilih oleh majlis syura

ok,politik atau pun tampuk pemerintahan ialah sistem khalifah…cume kalau nak lagi khusus..soalan khusus..

apa sebenarnya politik Nabi s.a.w?

Adakah sahabat-sahabat empat hanya memerintah negara untuk kawal hasil negara,susun ekonomi negara macam pemimpin-pemimpin dunia hari ini?

latih ketenteraan pergi traning makan tikus,kawad,lompat terbang sana sini?hihi

simple.

Nabi s.a.w memimpin bukan untuk tanah arab sahaja..bahkan bukan untuk  ada kuasa,ekonomi yang hebat,senjata canggih,,,apa lagi korang idamkan politik yang sempurna?dari sudut pemikiran korang?

Dari sudut zahir permulaan Islam..apa la ada sangat dengan sahabat-sahabat?ekonomi?ketenteraan?kemewahan?hasil bumi?

mereka takde apa-apa…perang pun minoriti dan serba kekurangan

iye…tapi..Allah bersama mereka! cukup Allah bersama mereka..

so,method politik Nabi..BAGI AKU..ialah macam mana nak bawak seluruh ummat…sehingga akhir zaman..boleh selamat dari azab Allah s.w.t..ini sistem start dari Adam a.s sehingga Muhammad s.a.w..

kurun terbaik..mereka sahabat..berperang,berjihad,berjuang..

bukan kerana kuasa,harta,pangkat dan pengaruh..

pengorbanan mereka tinggalkan keluarga kampung halaman..bukan kerana ghanimah,hamba sahaya

semata-mata untuk tinggikan kalimah Allah s.w.t…

ini menunjukkan betapa sucinya makam politik mereka..

berbanding kita,turun berarak dah nak kaitkan dengan jihad?oi..malu lah sikit…

baca sirah..lihat mereka tolak kuasa,pengaruh

Nabi s.a.w di offer harta,pangkat dan wanita…supaya?tinggalkan dakwah..menyeru manusia..

pelik dorang sekarang..seboleh-boleh nak kaitkan keinginan nafsu dengan agama…

jihad ekonomi la,jihad pelajaran la,jihad jatuhkan kerajaan zalim la..

jangan murahkan nilai jihad bang..please

psst..pernah dengar tak nabi-nabi lepas pemerintah/raja di lingkupkan Allah s.w.t…mereka amik alih tampuk kuasa atau ganti?

tak faham?macam nabi Musa a.s, Harun a.s, Ibrahim a.s lepas firaun, qarun, namrud lingkup..mereka amik alih harta,kuasa dan kekayaan mereka?dari sudut logik..baik ambil kan?mudah sikit buat dakwahkan?

cer baca sirah nabi..dari sembunyi..sehingga Islam berkembang..betapa harta,kuasa,pangkat langsung tidak penting..

politik hari ini…

‘pilihlah saya!saya lagi baik dari dia!

politik sahabat

‘saya tidak layak,awak lagi layak’

sabda Nabi :

“Wahai Rahman, jangan kamu minta jadi pemimpin/pangkat, kalau kau minta pimpinan maka kamu akan disusahkan. Tetapi apabila kamu tidak minta jadi pemimpin tapi kamu diberi tanggungjawab maka kamu akan ditolong oleh Allah.”

so bagi aku…perkataan dakwah menyeru pada manusia lebih tepat pada mereka..politik cam tak best ler..

Asbab dakwah..Allah bagi bantuan..rom dan parsi jatuh pada Islam

3/4 dunia ini tunduk kepada pemerintahan Islam

awas! mereka tak mintak…bukan itu maksud mereka..tapi hadiah dari Allah…

selepas susah payah mereka untuk agama…

berbondong-bondong orang masuk Islam

terbalik kita sekarang..kita gunakan kejayaan mereka..untuk alasan Islamik kita..

kena ada kuasa,harta,pengaruh…baru leh Islam tersebar dan amal agama…

ekonomi mahu kuat,pakai kot,seluar slack..bmw baru dorang masuk Islam

bukan nak cerita mujahadah perjuangan sahabat..susah payah mereka…

cerita kehebatan mereka..tapi tak cerita formula kejayaan mereka…budak boleh la kau ken

kalau takde semua itu baru Islam kuat,gagah disegani?

kalau tak??so takleh la nak amalkan Islam ek..?

jangan asyik nak bagi alasan logik sangat la kan…

sejak bila hidayah ni di tangan pemimpin?

pening ahai

….

motif blog nie aku belom jumpe..xpe..kau tunggu jap,,aku g carik sifu..

ehehe..

takpe…pelan2 la kan…ok…lek dulu degau aku karaoke..

dulu ler..sekarang aku dah takde mood nak karaoke lepak huha sane sini…aku dah suke duduk rumah je..sebelum nie aku benci duduk rumah..takat keluar 8malam-balik 8pagi tu..standard…balik umah..tido..  bangun petang..mandi2..siap2..lepak…melepak perkara yang paling best dalam hidup aku..dulu…

kawan aku ramai..sampai sekarang aku still contact dorang..ntah..maybe kau banyak budak..tapi berapa jangka masa hubungan kau?1tahun..dua tahun?kawan-kawan aku..dari tadika…sampai sekarang kami still berhubung…kawan dari tadika al wan,sekolah rendah,3sekolah menegah..ilp dan mfi..so aku selesa kalau balik kepong…

aku lahir kat hospital kuala lumpur,pastu duduk kat setinggan batu lima…umur 5,6 tahun pindah umah nenek…dari tadika sampai tingkatan 2…sekolah tadika al wan,sekolah rendah taman ehsan..sekola menengah kepong baru..oh ye,umah nenek…desa jaya taman ehsan…

tingkatan 3..sekolah menegah ade putra…sekolah menegah Allaudin masjid tanah…

tingkatan 4…teknik madzin alor gajah…

pastu ilp pedas…

Unikl MFI..

sekarang tengah paraktikal

yang aku tak berhubung sekarang budak sekolah kepong baru,kl je..yang lain..sampai sekarang..aku still contact macam la kepong,kl tu sebelah masjid tanah,melaka..ahai…psst ahad nie ade bbq kat templer park dengan kawan2 kepong..hoi..budak masjid tanah bila la nak wat..lepak kedai je memanjang..huh

jadilah bunga,semua suka..jangan jadi duri..semua benci..

so..tak perlulah kau kawan dengan brader bastand konon bila tayar kau pancit kat highway seremban..dia nak tolong…tak payah..cukup la akhlak baik..mana kau pergi..semua orang sayang..

mana kau tau dorang sayang kau?? ‘mad,bila kau nak balik?’   :’D

psstt…#tak boleh blah la dengan mamat nie megah dengan budak2 die padahal belakang2 jadi bahan umpat budak2 sendiri..

kawan adelah segala2nya..susah..senang..SAMA-SAMA..mereka duduk satu table dengan kita bukan atas ape kepentingan,mereke hormat kita bukan sebab title..

kenapa asyik nak lepak dengan kita..?sebab kita penyebab mereka berada dalam zon selesa tunjukkan watak sebenar mereka..tak perlu cover2..tak perlu malu2…

time mengadu,jangan menagis dah la..buat kene bahan je..hahaha

ok dah faham sikit pasal blog2 nie

ok—–(mate rabak)

jap,isap rkok jap..5 min

…..

jap

….

hehe..ok..weh,aku rase kan..jiwa aku..jiwa blog la..sebab blog nie lebih kepade luahan perasaan secara matang..bagi aku la setakat nie..yela kalau nak dibandingkan dengan myspace fb twiter ape bagai…myspe heboh ngn pic ala2 instagram..fb dah macam ‘bersamamu tv3’ dok mengharap like,comment,share…twitter..post laju..macam takde..artis ok kot…

wah macam style la aku menaip..macam superman pakai cermin mate kat opis

start esok la aku start taip topik berat,,ini malam kita ringan-ringan dulu ek sayang?hari ini aku nak belagak pasal kecanggihan aku buat blog..keh3..aku takkan bagitau orang2 rapat tentang blog aku..sebab aku nie hipokrit..iye..aku sangat2 hipokrit..pandai berlakon…watak sebenar aku biar la depan tuhan..kan molek kita merintih..lemah..penakut..loser..jahil atas sejadah..?kan..buat apa kita mengadu pada manusia yang dia sendiri belum tentu dapat selesaikan masalah dia?kan?so jangan la pelik aku senyap bila korang ajak berdebat…pelik watak jahil..sebab kalau kita rasa kita bodoh,tak tahu..Allah akan buka 1001 pintu kefahaman..kalau kita kata ‘oh..aku dah tau dah la’ Allah akan tutup 1001 pintu kefahaman..so aku tak kesah la korang tak leh baca watak sebenar aku..sebab awek aku pun tak kenal aku..

oh lupe esok aku tak g ferrosi..gile kau..dah pukol bape nie..ok la..baru sekali nak ponteng muahaha ..k nak skodeng blog2 orang

test2

Assalamualaikum (12:29 24/4/2012) 

hihi..cam best je main blog nie..oh ye..aku mad..yoyo je madderiouser nie..

nick name madderiouser nie nick name aku main red alert..

ops..stop mngarut,,

ehem..aku seorang yang banyak pengalaman hidup..halus perasaan dan pemikiran sedikit kedepan..sebab aku hidup dalam suasana yang..tak payah la aku cite..

ha..aku susah sikit..malas nak berkongsi..dan tunjuk watak dan kelebihan sepatutnye…

bagi aku ape perlu mengadu,berkongsi dan tunjuk pada makhluk? cukuplah Allah..

di harap blog nie..akan aku bukak kan sedikit pemikiran pelik aku..yang kononnye mahal la sangat untuk di kongsi..

psst..aku malas..tapi sekali mood aku datang..hehehe..awas bang