Madderiouser's Blog

Just another WordPress.com site

kahwin..kos?

wah…kahwin..sape tak nak..

yang bersedia confirm angguk laju-laju..

tapi kita sedia maklum..kos…kos..

_____________________________________________________________

 

ehem,

adik nak ada aneka gula-gula

abang nak kita bawak band time majlis

akak pulak menggedik nak stage karaoke

mak?dari nun hujung sana..sampai sini ha..sume nak liplap-liplap..nak nampak sempurna..bia kak joyah sebelah nia tergamam..

ayah nak program penuh..dengan silat kompangnya..jangan satu adat pun tertinggal..’bia mati anak,jangan mati ada kot’ hihi

wahh..untunglah kalau keluarga macam ni..

leh pijam bank sampai 30k kan?

biar majlis kita meriah!semua orang tergamam!

apa takda?semua ada..semua gempak-gempak..

start dari merisik…sampai la nikah nie..bia semua nampak sempurna..

muahaha…bestnye..bilik pun cantik..cantik dia sampai dah macam pameran..khas tok makcik-makcik kat luar tu datang jengok bilik pengantin..

-alah..bukan selalu..seumur hidup sekali..

-kita nak jamu orang biarlah dengan sebaik-baik mungkin..

-memang perlu pun tunjuk pada orang,yang kita nie mampu..dah layak sangat jaga anak orang

-supaya kenangan indah nie jadi memori untuk selama kita melayari bahtera perkahwinan,starting mestilah mau cantik

cewahhhh!

_____________________________________________________________

 

erk…

 

hutang kereta dah habis bayar?

utang belajar dulu?

bukan main belagak..raja sehari ye..

nia duit puluh-puluh ribu bank kau pinjam tok habiskan dalam masa sehari..tok kendian hari..kenangan manis ke pahit?

yela seumur hidup sekali,yang majlis gempak sampai pinjam bank macam nak mati tu..tak nak kongsi ke?

nak jaga anak orang perlu ke sanding macam raja ,jaja dan tontonkan isteri depan mereka-mereka?ini ke maksud jaga isteri?

cer lihat mereka yang kurang kemampuan dari kau..betapa membazirnya kau

duit banyak-banyak kau habis tu baik pergi settle hutang-hutang yang tertunggak..hihi

kalau dah settle..lebih tu guna la duit tok invest ke..insurans ke..simpanan mase depan ke..

terlebih jugak…?

gi la honeymoon best-best..

yela…

bende best,makan sorang le..haha

dari kau habis duit,,,untuk cuci mata orang..

baik kau guna duit tu cuci mata kau kat negara orang..

ye dak?

aduii..

baik aku simpan beli benda-benda impian aku dengan pasangan aku..

aku nak ipad ! perempuan aku mesti nak shopping je..tak pe.layankan..dari aku habiskan duit kat canopy mewah..semata-mata nak tengok mak joyah tercengang..pe barang?

ala..orang puji paling lama semint je la..

orang pandang kau sanding sekilas je la..

erk,aku risau dorang datang just nak makan cepat-cepat pastu blah..

yela..hari tu kau orang je kahwin kan??

hehehe..

so..mudahkan la perkahwinan kalau rasa tak mampu..

orang kaya?bia la dia..

yang kau nak ikut sangat kenapa?dia mampu..memang patut..

itu kemampuan..dan keadaan mereka yang sepatutnya..

masing-masing ada kelebihan,mungkin atas pelamin dorang nampak gempak

mungkin bahagian kau,tiap-tiap bulan tukar katil baru..

mane tau..kan?

hehe..mudahkan,jangan menyusahkan..benda baik.

duit korang check in tu dah leh start kumpul tanpa pinjam bank eh?

***sembang macam aku dah kahwin pulak ehehe

Islam di lembah kehinaan

Daripada Abu Sa’id Al-Khudri r.a. berkata: Bahawasanya Rasulullah saw bersabda: “Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka”. Sahabat bertanya, “Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nashrani yang kau maksudkan?”. Nabi saw menjawab, “Siapa lagi kalau bukan mereka”.

H.R. Muslim


kenapa?nak nafikan cakap aku?

memang..sekarang..kita ummat Islam sedang pengang watak yang ditidas..diperkotak-katikan..

sekiranya dulu..ye..dulu..kita adalah suatu perkara yang membanggakan..sekarang sebaliknya..

sekiranya dulu..ye..dulu…Islam digeruni dan di hormati..sekarang..lihatlah..sebaliknya..

sekiranya dulu..bantuan,nusrah..pertolongan dari Allah..terus..kepada ummat Islam..

kini?sebaliknya…

macam-macam tips motivasi sistem revolusi dijaja…tapi?

mereke lukis gambar nabi s.a.w dengan perkara yang mengaibkan..

mereka bakar quran dan masjid..

nyawa.maruah…nilai dan harga diri lebih murah dari perkahwinan artis-artis…

menghina islam dengan tatu kalimah,fb blog dan lain-lain

http://www.youtube.com/watch?v=4GTENeDBfCk

apa kita boleh buat?

doa kat facebook dan tag kat kengkawan?

buat page anti dan kutukan pada kekejaman mereka?

berarak angkat sepanduk?

memorendem sana sini?

terpekik baring dan mogok lapar?

wah..bersungguh-sungguh…

tapi…

Kata Syeikhul hadith Maulana Innamul Hassan dalam bukunya,
“Kemunduran Umat dan Penyelesaiannya”.
Semakin diubati semakin teruk, kerana punca masalah tidak diagnos dengan betul. 
Penyelesaian yang dibuat tidak menyelesaikan masalah. 

makin parah..makin teruk..makin hina..

berjuta-juta doa depan kaabah..

berbilion doa untuk kebangkitaan Islam..

air mata…darah…penindasan

masih belum cukupkah untuk mengharap bantuan seperti sahabat-sahabat?

kenapa kita..selalu…cerita masalah…

cerita…cerita masalah itu..masalah ini..

kenapa tidak kita cerita tentang penyelesaian?

apa penyelesaian? basic..tadika dulu dah belajar..

kekuatan iman amal

yup…ilmu?semua orang islam berilmu…

insyallah bende-bende basic la..bende wajib…

contoh sembahyang…semua majoriti tau sembahyang..

tapi dek kerna..lemah iman dia…maka amal 2rakaat sembahyang lagi perit dari segala yang perit

kita mengaharapkan Islam gemilang..tetapi kita yang runtuhkan agama itu sendiri…

” Solat itu tiang agama, sesiapa mendirikan solat maka dia telah mendirikan agama dan sesiapa meninggalkan solat dia telah meruntuhkan agama.”
(Hadis riwayat Baihaqi dari Ibnu Umar)

kita mengharapkan doa yang makbul..tapi bab halal haram ade kisah?

masing-masing tunjuk menunjuk…

semua salah kau..semua salah kau

sebab orang macam kaulah..

sebab pemimpin macam kaulah..

sebab parti macam kaulah..

erk..tang diri sendiri tu bila ye?

kau kene buat sistem camni..

kau kene ikut ideologi logik camni..

kau kene ikut kecerdikan yahudi..

takpa..darurat..takkan nak ikut Nabi 100%

kau naik unta la camtu

(kata mereka)

ketahuilah..

bila caci mencaci sesama sendiri..

Allah tak pandang kita…

bantuan kita bukan macam bantuan mereka sahabat-sahabat..

malah kita dirotan lagi teruk..kerna alpa..lupa dan leka..

bagi kita..

dengan nuklear la baru kita kuat..

dengan ketenteraan,wilayah dan senjatalah kita digeruni..

kalau bab sakit..jangan yakin dengan ubat..

bab turun naik agama?nak pakai logik akal lagi ke?

udah-udah latu..

percaya la…Allah maha melihat..

dia lihat..malah lebih arif..yakinlah…

kuasa senjata kuatlah macam mana..

satu dunia nak tolong kita…

kalau Allah tak berkhendak..apalah makna..kan?

so..udah-udahlah pakai logik akal..

cer kita sama-sama muhasabah diri…

baca sirah-sirah kejayaan nabi2,sahabat dan tabi tabiien…

hubungan mereka dengan Allah kuat…

Allah..sekali-kali pun tak sia-siakan mereka

bomoh?

mengarut..

kuno..

itulah pakcik bomoh yang ku kasihi…

ada apa dengan bomoh…

bomoh k?bukan doktor atau ustad2 madrasah..

bomoh tangkal hitam kemenyan kuning k…

aku tak faham..kenapa perlu kita jumpa dengan bomoh..

ada apa dengan bomoh??

dia sape?dari penyakit kencing manis…sampai masalah rumahtangga semua kau nak cover…

aku bukan pe..semalam..ade la terdengar satu perbualaan..

dia tak sihat..bomoh soh beli tangkal rm250..dia dah beli..

pastu soh spray satu rumah sebab pe aku tak tau..

kau tau spray tu kandungan dia ape?

air kencing..

#&@*& !!

aku dengar dia cakap…air kencing dia tak cukup..so combain dengan air kencing mak dia..

anak beranak boleh sepakat tu memang aku respect la kan..

ape ke gila manusia nie?

so aku nak tekankan apa itu bomoh…

bomoh nie sebenarnya bodoh…

dia tak tau apa-apa sebenarnya..

bak kata ayah aku…bomoh nie pemusnah rumahtangga..

nak carik penyakit jumpa la bomoh..

dalam dunia nie bersebab..

darul asbab…

setiap perkara bersebab walau hakikatnya semua datang dari Allah..

aku dengar usatd pondok kg aku nie ceramah..

satu orang leh terapung dalam air..

hanya ada dua kebarangkalian..

bantuan itu datang dari Allah..dan selain dari Allah..

kalau dari Allah keramat,mukjizat

selain dari Allah?dari jin setan la ape lagi….

hehehe

mulia sangat ke bomoh-bomoh kampung tu sampai leh baca niat,pemikiran kita kan?

jangan la sebab bomoh tu berseraban berjubah kita nak halal kan bende yang khurafat..

takat baca bismillah semua orang boleh…

takkan sebab dia baca ayat quran kita nak halalkan khurafat yang dia buat?

kau pelik tak kenapa kau jumpe bomoh…sihat..balik sakit datang lagi..

rasa resah,tak tentu arah…jumpe bomoh tu baru baik..

kau kene game dengan bomoh tu la..

mengubat orang sekarang dijadikan perniagaan…

tak faham ke??

ok…k…aku cerita pengalaman aku la ek..

aku eksiden dulu..so belakang aku sengal-sengal..

pergi jumpe sorang bomoh nie..

ada phd tau,janggut panjang..orang panggil ustad tu..

dulu sangkaan aku..dia ada kelebihan..mungkin anugerah tuhan…

ala..kat beranang…kalau kau pergi..nak berubat dengan dia..

kena amik no giliran..punyalah top dia nie..

dia pegang ujung jari aku…pastu dia bagi tau

‘awak nie bahaya nie..suspek lumpuh,slip disc’

mak ai!!

betol la..

aku terasa lumpuh…sakit…sangat-sangat

sampai extand belajar tau tak..

kau tau dia mintak berapa?hah?50?500?

nope 5k…gila la..hehe

(sedihnya aku…)

mak aku dia pegang tangan,bagitahu mak aku lumpuh separuh badan..

tup,tup..seminggu lepas tu mak masuk hospital..lumpuh separuh badan..

hebatkan?

ok..bab aku pulak…

urghh..

aku bila balik umah..sakit je…

kene pergi jumpa orang tu tiap-tiap minggu..

di pendekkan cerita…

aku carik la alternatif lain..

berubat dengan seorang nie (kira yang amal agama la)

baru aku tau..ada benda dok bertenggek kat tulang aku yang sakit tu..

betul gak..sebab sakit tulang aku tu macam kene cakar pakai syiling..umpama kau gesek-gesek syiling kat tulang..nyilu pedih kan?

lebih kurang camtu la…

pesanan abang mat (orang yang urut aku dan bagitau yang aku kene game dengan bomoh tu)

setiap bomoh..pengamal perubatan..

akan usahakan supaya pelanggan dia akan datang lagi..

bila kau jumpa dia..dia akan buat sesuatu supaya kau datang lagi,,

kalau dia tukang urut..soh datang 3x baru baik..

kali ke 3 dia cuba supaya kau datang lagi

tak kisah la dengan cara wat kat sakit balik..

janji datang balik..

bomoh-bomoh yang berhubung dengan alam ghaib

lagi bahaya..hehe

1001 benda la dia boleh buat…

macam ada sedara aku..bomoh punya bomoh..

konon nak kukuhkan hubungan suami isteri

last-last cerai..kahwin dengan bomoh,,

baik punye game..

so?bomoh? pe barang…

back to basic la

penyakit nie datang dari siapa

untuk apa?

bak kata orang tua…syaitan ni memang pandai…

dia gunakan kebaikan untuk pesongkan kita…

yela..syirik kan main bab akidah..

nak kebal demi pertahankan keluarga la..zikir qulhuallahuahad terbalik la..

tangkal dinding keluarga la..alih-alih kita yakin pada benda-benda nie..

seolah-olah..dengan bende ini la saya sejahtera..

k..kau ada ilmu kebalkan?

apa..?

syarat kau nak dapat ilmu kebal tu kena puasa pancaindera sebulan (puasa mata,mulut,telinga) <–iye tidak je!

bertapa kat rumah usang sambil beribadat 3 hari <– iye tidak je!

so kau berani jawab ke kebal kau nie datang dari Allah?

kau boleh terapungkan pinggan….dua je..bantuan selain dari Allah…atau pun dari Allah

mesti jauh di sudut hati..kau tak rasa bukan dari Allah kan? kenapa?

‘sebab aku tak sembahyang…benda-benda wajib tak buat..benda-benda (konon amalan agama) yang dibuat..takkan ini dari Allah pulak’

‘lagi pun sahabat-sahabat nabi..malah nabi s.a.w sendiri cedera dalam peperangan..mereka tak kebal macam aku pun?’

so??

‘so kira aku nie kene game la eh?’

hehe..sendiri fikir la…

cara yang terbaik ialah berubat dengan cara yang di luluskan syarak

bila betul-betul yakin manfaat mudarat hanya datang dari Allah..

sihat sakit datang dari Allah..

kebaikaan air zam-zam,madu,habatus sauda pun datang dengan izin Allah…

takkan wujud masalah pelik-pelik kan?

no syirik2..no khurafat2..

bia la teruk camna sekalipun ujian..

aku tak nak jumpe bomoh misai kemenyan!

haha

romantik cinta jiwang yang shit

jiwang = perlakuan sentimental (Kamus Dewan edisi ke-4.)

romantik =  berkaitan dgn percintaan dan keindahan dsb (Kamus Pelajar edisi ke-2.)

apa maksud romantik bagi korang?

bagi hadiah rare untuk pasangan?

wish selamat malam pagi petang siang malam?

surprised sana sini?diner kat hotel cradel light!

hahaha…

oh so sweet! look..jealousenye!

conteng..kiah love ramli..forever..kat pasir..

post kat fb bagi tahu pada semua awak la paling bahagia dan romantik!

bagi diari cinta kau pada dia,berborak ayat-ayat leleh

menagis pada pasangan,buktikan cinta kononya..

romantik?ni ke maksud korang tu??

hihi..

romantik..

tak perlu di sogok dengan material..

galaxy tab,perfume,bunge ros apa bagai

tak perlu di post..tunjuk pada orang…

psst..awak bukan romantik la..dia nagis sebab dapat iphone 4s tu..

bukan sebab romantiknya awak balut,atau wanginya kad wish birthday tu..

orang muda..mereka yang belum berkahwin..

kenapa ye mak ayah,orang yang bahagia dalam bahtera perkahwinan mereka..

tak mesej macam korang? malas,malah ada yang rimas nak mesej-mesej..

dorang gaduh ke sebab tak gedik leleh macam korang?

ke dalam dunia kau je paling bahagia..

hm…

kau tipu nie…romantik kau tipu ea…

lihat romantik ayah..dia tak pandai menagis..

muke keras je..

time tengah touching baik punye cover wat muke rileks..

ayah tak menagis! air mata berharga!

perisai terbaik untuk emak..kebal wo…watak hero

romantik ayah kerja betul-betul supaya perkerjaan selesa…mak tak payah kerja,jadi suri rumah

romantik ayah emo balik keje..senyum ikhlas tengok muka mak..

romantik ayah buat serepah je keje..bila dia kemas rumah..oh so sweet!

romantik ayah baca surat khabar malas nak layan cite emak pasal jiran sebelah..

tau-tau dah terbalik jiran sebelah kena lanyak..haha

romantik ayah pergi kerja bawak bekal mak,wat keras je mak masak garam lebih..adoi

romantik ayah belajar agama ajar pada keluarga..malam-malam semua duduk mengaji k?

sembahyang..yang laki jangan sembahyang fardhu kat rumah…pastikan yang perempuan sembahyang awal waktu…

romantik ayah..serba salah makan sedap-sedap kat office teringat mak makan ape lah tu….

tiada istilah simpnan sendiri..apa yang ada..di kongsi…tiada berahsia..

apa yang ada..guna la semampu mungkin untuk keluarga..

emak?

ayah balik kerja semua dah tersedia…

just ayah kene buka baju kotor pergi masuk kat mesin…

ayah rileks je..semua mak buat..

kat rumah mak heroin..habis menjerit-jerit hero kalau kene urut dengan heroin

ape yang dia tak buat untuk ayah?

kat kedai makan pun mak layan macam kat rumah..pilih makan,amik order..bayar..

stesen minyak mak berebut dengan ayah nak tolong bayarkan dan pump kan..

tak nak ayah susah-susah keluar kereta katanya…

romantik mak belum kahwin tak pandai masak..belajar betul-betul supaya ayah tak payah makan kedai..

romantik mak..semua duit gaji ayah di gunakan sebaik-baik..

romantik mak..nama,maruah keluarga dijaga..bukan dijaja..

romantik mak..ayah kata jangan! 3x laju je menganguk,,,taat

romantik mak..kena tackle ayah sampai ayah kantoi sebut ‘i love u’ depan anak-anak

haha…

so apa beza cinta mereka?

tak perlu nak nyanyi sampai menagis..bukti cinta konon..

pengorbanan bukan maksud kau pergi ponteng kerja sebab nak wish birthday..

sweet mereka..bila suami terkial-kial nak gosok baju

pengorbanan mereka bila ibu tekan perasaan tengok kengkawan tayang rantai emas

sekiranya romantik korang sampai nak kena wat macam-macam ala hollywood bollywood

romantik mereka..cukup la dengan perkataan

‘awak saya sayang awak demi Allah’

politik

ups,isu sensetif bagi pentaksub!

tapi nak wat cane kan,,,aku pun suara rakyat apa…

kalau kau tanye aku la kan..ape pandangan politik nie..

politik ialah sunnah..tuntuan agama..pendek kata wajib la!

Politik di dalam bahasa Arab dikenal dengan istilah siyasah..

“Adalah Bani Israil, mereka diurusi (siyasah) urusannya oleh para nabi (tasusuhumul anbiya). Ketika seorang nabi wafat, nabi yang lain datang  menggantinya. Tidak ada nabi setelahku, namun akan ada banyak para khalifah.”                                    (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

ops…

politik ok?politik itu satu subjek yang umum..ade macam-macam fahaman ideologi dan pemikiran di sebalik perkataan politik…demokrasi, autokrasi,anarki,sistem beraja,presiden,fahaman komunis bla bla bla….

dan bagi aku…sistem politik terbaik ialah sistem politik islam..khalifah yang dipilih oleh majlis syura

ok,politik atau pun tampuk pemerintahan ialah sistem khalifah…cume kalau nak lagi khusus..soalan khusus..

apa sebenarnya politik Nabi s.a.w?

Adakah sahabat-sahabat empat hanya memerintah negara untuk kawal hasil negara,susun ekonomi negara macam pemimpin-pemimpin dunia hari ini?

latih ketenteraan pergi traning makan tikus,kawad,lompat terbang sana sini?hihi

simple.

Nabi s.a.w memimpin bukan untuk tanah arab sahaja..bahkan bukan untuk  ada kuasa,ekonomi yang hebat,senjata canggih,,,apa lagi korang idamkan politik yang sempurna?dari sudut pemikiran korang?

Dari sudut zahir permulaan Islam..apa la ada sangat dengan sahabat-sahabat?ekonomi?ketenteraan?kemewahan?hasil bumi?

mereka takde apa-apa…perang pun minoriti dan serba kekurangan

iye…tapi..Allah bersama mereka! cukup Allah bersama mereka..

so,method politik Nabi..BAGI AKU..ialah macam mana nak bawak seluruh ummat…sehingga akhir zaman..boleh selamat dari azab Allah s.w.t..ini sistem start dari Adam a.s sehingga Muhammad s.a.w..

kurun terbaik..mereka sahabat..berperang,berjihad,berjuang..

bukan kerana kuasa,harta,pangkat dan pengaruh..

pengorbanan mereka tinggalkan keluarga kampung halaman..bukan kerana ghanimah,hamba sahaya

semata-mata untuk tinggikan kalimah Allah s.w.t…

ini menunjukkan betapa sucinya makam politik mereka..

berbanding kita,turun berarak dah nak kaitkan dengan jihad?oi..malu lah sikit…

baca sirah..lihat mereka tolak kuasa,pengaruh

Nabi s.a.w di offer harta,pangkat dan wanita…supaya?tinggalkan dakwah..menyeru manusia..

pelik dorang sekarang..seboleh-boleh nak kaitkan keinginan nafsu dengan agama…

jihad ekonomi la,jihad pelajaran la,jihad jatuhkan kerajaan zalim la..

jangan murahkan nilai jihad bang..please

psst..pernah dengar tak nabi-nabi lepas pemerintah/raja di lingkupkan Allah s.w.t…mereka amik alih tampuk kuasa atau ganti?

tak faham?macam nabi Musa a.s, Harun a.s, Ibrahim a.s lepas firaun, qarun, namrud lingkup..mereka amik alih harta,kuasa dan kekayaan mereka?dari sudut logik..baik ambil kan?mudah sikit buat dakwahkan?

cer baca sirah nabi..dari sembunyi..sehingga Islam berkembang..betapa harta,kuasa,pangkat langsung tidak penting..

politik hari ini…

‘pilihlah saya!saya lagi baik dari dia!

politik sahabat

‘saya tidak layak,awak lagi layak’

sabda Nabi :

“Wahai Rahman, jangan kamu minta jadi pemimpin/pangkat, kalau kau minta pimpinan maka kamu akan disusahkan. Tetapi apabila kamu tidak minta jadi pemimpin tapi kamu diberi tanggungjawab maka kamu akan ditolong oleh Allah.”

so bagi aku…perkataan dakwah menyeru pada manusia lebih tepat pada mereka..politik cam tak best ler..

Asbab dakwah..Allah bagi bantuan..rom dan parsi jatuh pada Islam

3/4 dunia ini tunduk kepada pemerintahan Islam

awas! mereka tak mintak…bukan itu maksud mereka..tapi hadiah dari Allah…

selepas susah payah mereka untuk agama…

berbondong-bondong orang masuk Islam

terbalik kita sekarang..kita gunakan kejayaan mereka..untuk alasan Islamik kita..

kena ada kuasa,harta,pengaruh…baru leh Islam tersebar dan amal agama…

ekonomi mahu kuat,pakai kot,seluar slack..bmw baru dorang masuk Islam

bukan nak cerita mujahadah perjuangan sahabat..susah payah mereka…

cerita kehebatan mereka..tapi tak cerita formula kejayaan mereka…budak boleh la kau ken

kalau takde semua itu baru Islam kuat,gagah disegani?

kalau tak??so takleh la nak amalkan Islam ek..?

jangan asyik nak bagi alasan logik sangat la kan…

sejak bila hidayah ni di tangan pemimpin?

pening ahai

….

motif blog nie aku belom jumpe..xpe..kau tunggu jap,,aku g carik sifu..

ehehe..

takpe…pelan2 la kan…ok…lek dulu degau aku karaoke..

dulu ler..sekarang aku dah takde mood nak karaoke lepak huha sane sini…aku dah suke duduk rumah je..sebelum nie aku benci duduk rumah..takat keluar 8malam-balik 8pagi tu..standard…balik umah..tido..  bangun petang..mandi2..siap2..lepak…melepak perkara yang paling best dalam hidup aku..dulu…

kawan aku ramai..sampai sekarang aku still contact dorang..ntah..maybe kau banyak budak..tapi berapa jangka masa hubungan kau?1tahun..dua tahun?kawan-kawan aku..dari tadika…sampai sekarang kami still berhubung…kawan dari tadika al wan,sekolah rendah,3sekolah menegah..ilp dan mfi..so aku selesa kalau balik kepong…

aku lahir kat hospital kuala lumpur,pastu duduk kat setinggan batu lima…umur 5,6 tahun pindah umah nenek…dari tadika sampai tingkatan 2…sekolah tadika al wan,sekolah rendah taman ehsan..sekola menengah kepong baru..oh ye,umah nenek…desa jaya taman ehsan…

tingkatan 3..sekolah menegah ade putra…sekolah menegah Allaudin masjid tanah…

tingkatan 4…teknik madzin alor gajah…

pastu ilp pedas…

Unikl MFI..

sekarang tengah paraktikal

yang aku tak berhubung sekarang budak sekolah kepong baru,kl je..yang lain..sampai sekarang..aku still contact macam la kepong,kl tu sebelah masjid tanah,melaka..ahai…psst ahad nie ade bbq kat templer park dengan kawan2 kepong..hoi..budak masjid tanah bila la nak wat..lepak kedai je memanjang..huh

jadilah bunga,semua suka..jangan jadi duri..semua benci..

so..tak perlulah kau kawan dengan brader bastand konon bila tayar kau pancit kat highway seremban..dia nak tolong…tak payah..cukup la akhlak baik..mana kau pergi..semua orang sayang..

mana kau tau dorang sayang kau?? ‘mad,bila kau nak balik?’   :’D

psstt…#tak boleh blah la dengan mamat nie megah dengan budak2 die padahal belakang2 jadi bahan umpat budak2 sendiri..

kawan adelah segala2nya..susah..senang..SAMA-SAMA..mereka duduk satu table dengan kita bukan atas ape kepentingan,mereke hormat kita bukan sebab title..

kenapa asyik nak lepak dengan kita..?sebab kita penyebab mereka berada dalam zon selesa tunjukkan watak sebenar mereka..tak perlu cover2..tak perlu malu2…

time mengadu,jangan menagis dah la..buat kene bahan je..hahaha

ok dah faham sikit pasal blog2 nie

ok—–(mate rabak)

jap,isap rkok jap..5 min

…..

jap

….

hehe..ok..weh,aku rase kan..jiwa aku..jiwa blog la..sebab blog nie lebih kepade luahan perasaan secara matang..bagi aku la setakat nie..yela kalau nak dibandingkan dengan myspace fb twiter ape bagai…myspe heboh ngn pic ala2 instagram..fb dah macam ‘bersamamu tv3’ dok mengharap like,comment,share…twitter..post laju..macam takde..artis ok kot…

wah macam style la aku menaip..macam superman pakai cermin mate kat opis

start esok la aku start taip topik berat,,ini malam kita ringan-ringan dulu ek sayang?hari ini aku nak belagak pasal kecanggihan aku buat blog..keh3..aku takkan bagitau orang2 rapat tentang blog aku..sebab aku nie hipokrit..iye..aku sangat2 hipokrit..pandai berlakon…watak sebenar aku biar la depan tuhan..kan molek kita merintih..lemah..penakut..loser..jahil atas sejadah..?kan..buat apa kita mengadu pada manusia yang dia sendiri belum tentu dapat selesaikan masalah dia?kan?so jangan la pelik aku senyap bila korang ajak berdebat…pelik watak jahil..sebab kalau kita rasa kita bodoh,tak tahu..Allah akan buka 1001 pintu kefahaman..kalau kita kata ‘oh..aku dah tau dah la’ Allah akan tutup 1001 pintu kefahaman..so aku tak kesah la korang tak leh baca watak sebenar aku..sebab awek aku pun tak kenal aku..

oh lupe esok aku tak g ferrosi..gile kau..dah pukol bape nie..ok la..baru sekali nak ponteng muahaha ..k nak skodeng blog2 orang